BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Banner

Video Tentang Ilmu

Ilmu Islam

Friday, July 8, 2011

DEFINISI ILMU

Ilmu boleh didefinisikan sebagai pengetahuan yang berguna kepada setiap kehidupan yang bergelar manusia. Ilmu juga dapat ditakrifkan sebagai kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara yang merupakan kefahaman sistematik dan diusahakan secara sedar.

Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia. Kebiasaanya, ilmu adalah hasil daripada sesuatu kajian atau perkara. Dalam hal ini, ilmu sendiri juga boleh menjadi sasaran kajian dan menghasilkan apa yang dikenali sebagai "ilmu mengenai ilmu"

lmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman. Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer tidak bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.

0 comments: