BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Banner

Video Tentang Ilmu

Ilmu Islam

Friday, July 15, 2011

KISAH TENTANG INSAN YANG MEMPERMAINKAN MAJLIS ILMU

Ahmad bin Marwan al-Maliki dalam kitab Al-Mujalasah mengatakan bahawa Zakariya bin Abdurrahman al-Bashri berkata bahawa dia mendengar Ahmad bin Syu’aib berkata, “Kami pernah berkumpul dengan beberapa ahli hadits di Bashrah dan mereka menyampaikan kepada kami sebuah hadits Nabi bahawa para malaikat melebarkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu. Pada saat itu ada seorang Mu’tazilah yang ikut di majlis kami mentertawakan hadits itu. Lalu orang Mu’tazilah tersebut berkata, ‘Demi Allah, esok aku akan memasang paku di bawah sandalku, lalu aku akan memijak-mijak sayap-sayap para malaikat itu.’ Lalu orang Mu’tazilah tersebut melakukan hal itu terhadap sandalnya dan memakainya, setelah beberapa hari tiba-tiba kedua kakinya lumpuh dan terkena penyakit.”


Imam Thabrani berkata, “Saya mendengar Yahya Zakariya bin Yahya as-Saji berkata bahwa ia berjalan di beberapa lorong di Bashrah menuju rumah seorang ahli hadits dengan agak tergesa-gesa. Kala itu kami berjalan dengan seseorang yang cacat dalam agamanya. Dan dengan nada mengejek orang itu berkata, ‘Angkatlah kaki kalian dari sayap-sayap para malaikat, janganlah mematahkannya!’ Belum lagi meninggalkan tempatnya, kakinya kejang dan ia pun terjatuh,”


Dikatakan bahwa makhluk langit dan makhluk bumi yang memintakan ampunan bagi orang alim adalah umum, mencakupi binatang dan sebagainya, baik yang berbunyi mahupun yang tidak. Ini ditegaskan dengan sabda Rasulullah, “Hingga ikan-ikan di lautan dan semut di sarangnya memintakan ampun bagi orang yang menuntut ilmu.”


Ibnu Juraij meriwayatkan dari Atha’ dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu bahwa pada hari kiamat orang berilmu dan orang ahli ibadah akan dipanggil, lalu dikatakan kepada ahli ibadah, “Masuklah kalian ke dalam syurga”, dan dikatakan kepada orang yang berilmu, “Mintalah syafaat maka kamu akan mendapatkannya.”





KEREDHAAN MALAIKAT TERHADAP PENUNTUT ILMU

Sebuah hadits yang diriwayatkan Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi dari Abu Darda’ menyebutkan bahawa Rasulullah bersabda,
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Barangsiapa yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, nescaya Allah menyediakan jalan untuknya menuju syurga. Sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya kerana redha kepada orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya ulama diminta ampun oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi sampai ikan paus yang berada di dalam laut. Keutamaan seorang alim atas seorang abid seperti keutamaan bulan atas segala bintang. Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sungguh dia telah mengambil keuntungan yang banyak.”
Al-Walid bin Muslim meriwayatkan dari Khalid bin Yazid, dari Usman bin Aiman, dari Abu Darda’ bahwa Rasulullah bersabda,
Barangsiapa yang pergi untuk mencari ilmu maka Allah subhanahu wata’ala membukakan kepadanya jalan menuju syurga dan para malaikat pun membentangkan sayap untuk menaunginya. Dan para malaikat di langit serta ikan paus di laut bershalawat untuknya. Keutamaan seorang ulama atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan pada malam purnama atas semua bintang. Ulama adalah pewaris para nabi, para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil ilmu, maka dia telah mendapatkan bahagian yang banyak (dari warisan itu). Kematian seorang ulama merupakan musibah yang tidak boleh ditukar ganti dan bintang yang hancur. Kematian satu kabilah lebih ringan daripada kematian seorang alim.” (HR Baihaqi)

Wednesday, July 13, 2011

HUKUM MENUNTUT ILMU DALAM ISLAM

"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina". (Al-Hadis)Kadang-kadang kita lupa untuk apa sebenarnya kita menuntut ilmu, dan kita juga lupa apa hukumnya menuntut ilmu dalam agama Islam. Dalam hal tersebut, saya ingin mengingatkan kembali untuk apa sebenarnya, dan apa hukumnya kita menuntut ilmu dalam agama Islam. Hal tersebut ada dinyatakan di dalam buku "Ilmu Fiqih Islam" karangan Drs. H. Moh. Rifai.

Apabila kita memperhatikan isi Al-Qur’an dan Al-Hadis, terdapat beberapa suruhan yang mewajibkan bagi setiap muslim baik laki-laki mahupun perempuan, untuk menuntut ilmu, agar tergolong menjadi umat yang cerdas, jauh dari kabut kejahilan dan kebodohan. Menuntut ilmu artinya berusaha dengan jalan menanya, melihat atau mendengar. Perintah kewajiban menuntut ilmu terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud;
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)

Dari hadis ini kita memperoleh pengertian bahawa Islam mewajibkan pemeluknya agar menjadi orang yang berilmu, berpengetahuan, mengetahui segala kemaslahatan dan jalan kemanfaatan; menyelami hakikat alam, dapat meninjau dan menganalisis segala pengalaman yang didapati oleh umat yang lalu, baik yang berhubungan dengan ‘aqidah dan ibadat, serta hubungannya dengan soal-soal keduniaan dan segala keperluan hidup.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.

MENUNTUT ILMU DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu. Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Qur’an melalui berbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Qur’an antaranya,
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
            “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.  (Az-Zumar:9)
Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)
Firman-Nya lagi maksudnya:
            “Hanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.   (Al-Faatir:28)

Saturday, July 9, 2011

INDAHNYA ILMU

Daripada Abu Darda’ r.a berkata: Aku telah
mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa
yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah
menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan
syurga. Sungguhnya para malaikat
menghamparkan sayapnya kerana redha bagi
orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya
orang yang ada diseluruh lapisan langit dan
bumi meminta ampun bagi orang yang alim
sehingga ikan yang ada dilaut. Dan
sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas
orang yang abid seperti kelebihan bulan
purnama atas sekalian bintang-bintang. Dan
sesungguhnya ulama’ itu pewaris Nabi-nabi.
Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan
dinar (wang emas) dan dirham (wang perak)
tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu.

HADIS NABI

Sabda nabi:....sampaikanlah daripada ku walaupun satu ayat..
(sahih)
 Oleh itu marilah kita bersama-sama mengamalkan dan sampaikan kepada semua umat Islam pada masa kini.

Barang siapa yang tidak mempercayai hadis sohih,maka ia telah murtad( keluar dari islam).
Oleh itu marilah kita sama-sama menyampaikan dan saling menasihati sesamama manusia.
kerana Allah telah berfirman dalam surah Al-Asr.
yang bermaksud "sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh serta mereka yang berpesan-pesan tentang kebenaran dan mereka yang bersabar,"

JENIS - JENIS ILMU

Ilmu boleh dibahagikan kepada beberapa jenis menurut kriteria yang tertentu. Pada masa kini, ilmu lazimnya dibahagi kepada 3 kategori yang besar yakni: 
  • Sains Fizikal
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi
    • Perubatan
    • Farmasi
    • Kejuruteraan
    • Matematik
    • Astronomi
  • Sains Sosial
    • Sosiologi
    • Antropologi
    • Geografi Manusia
    • Sejarah
    • Politik
    • Perundangan
  • Sains Kemanusiaan
    • Bahasa
    • Falsafah
    • Seni
    • kesusasteraan
Penjenisan ilmu dengan cara ini adalah diterima oleh masyarakat umum. Dalam penjenisan ini, sains tabii mewakili bidang ilmiah yang mengkaji benda-benda fizikal semula jadi, yakni benda-benda yang bukan dicipta oleh manusia. Manakala sains sosial pula merupakan bidang ilmiah yang mengkaji masyarakat manusia yang merupakan sesuatu yang terbina oleh manusia sendiri tetapi pada masa yang sama juga merupakan sesuatu yang objektif kepada manusia. Manakala sains kemanusiaan pula, adalah mengkaji perkara-perkara yang dicipta oleh kreativiti manusia semata-mata.
Pengkelompokan ilmu kepada 3 kelompok seperti apa yang dilakukan di atas , merupakan klasifikasi ilmu yang dibuat oleh Universiti Harvard pada tahun 1928. Di samping klasifikasi ilmu ini, terdapat juga sarjana yang membuat klasifikasi ilmu dengan cara sendiri, contohnya Philip Phoenix telah membahagikan ilmu kepada 6 pola yakni:
  1. Simbolik
    Contoh: Matematik, Bahasa
  2. Empiriks
    Contoh: Fizik, Kimia, Biologi
  3. Estetik
    Contoh: Seni, Muzik
  4. Etik
    Contoh: Moral
  5. Sinetik
    Contoh: Pengetahuan Individu
  6. Sinoptik
    Contoh: Sejarah, Agama, Falsafah